Isnin, Februari 22, 2010

TINGKAH LAKU LOGIKA

Anak-anak saya semakin membesar. Seronok melihat anak-anak membesar di depan mata sendiri. Kita yang mendidiknya sendiri dengan segala susah payah dan segala dugaan. Saban hari kalau salah seorang puteri tak kena marah tak sah. Ada je mereka buat perangai yang menduga kesabaran kita. Tapi mendidik anak terpaksa sabar. Tak marah nanti anak mua pula. Terlalu manja sangat pun payah juga. Marah pun tidaklah sampai mendera atau dicekik dan dicampak ke dinding. marah sekadar untuk mendidik agar mereka faham bahawa tindak tanduk mereka itu salah.

Kadang-kadang jika mereka tiada di rumah rasa rindu pula untuk berdebat dengan mereka. Puteri saya seawal umur 5 tahun sudah pandai berdebat. Ada saja soalan yang ditanya dan mahukan jawapan segera. Itu pun boleh menduga kesabaran.
Adakala saya minta puteri tutup suis lampu. Tapi dia tak mampu nak gunakan logik. Suisnya banyak, jadi dia pun tekan semua. Dah terang benderang pula jadinya. Kadang-kadang gelihati pun ada.

Kalau suruh dia amik barang dalam laci pun susah. Banyak laci, laci mana nak dibuka? Bila saya beri arahan begini : 'laci yang bawah sekali.' Walaupun dia tahu maksud bawah tapi bila masa buka laci dia dah jadi keliru bawah sekali maksudnya apa. Pastu bila dah buka laci, nak pilih barang mana yang betul pun satu masalah lagi. Kadang-kadang terjerit-jerit saya memberi arahan. Akhirnya tergelak-gelak kerana tak dapat mencapai sasaran.

Dulu-dulu saya fikir puteri saya tu kurang cerdik ke? Rupa-rupanya kanak-kanak usia bawah 5 tahun memang belum pandai menggunakan logik mereka. Jadi kenalah bersabar bila nak minta tolong mereka.

Lain pula dengan Shasha yang dah 7 tahun. Kadang-kadang dia lagi cerdik dari kita. Sense logiknya ada kala mengatasi orang dewasa. Dia lebih peka melihat sesuatu. Tetapi bila nak cari sesuatu malas pula melihat dengan betul. Kita pula kena beri arahan yang tepat di mana duduk letak barang tersebut. Kalau tak, macam cari barang dengan hidung, tak jumpa-jumpa. MMMM......macam-macam hal dengan anak-anak ni.

0 comments: